Friday, 20 March 2015

Sesal tidak berkesudahan

semua konfirm tahu apa sal GST kan. Paling diketahui adalah, GST! Harga barang naik!! GST,harga minyak naik!! ahahahhaha.. tp yang paling teruknya, kami yang budak2 sabah sarawak ni la, sekarang harga tiket penerbangan sudah mahal, nnti lpas GST lagilah mahal. Ntah2, setahun cuma sekali saja dapat balik. Sekarang masih lagi la dapat balik selalu,jd hargailah ya..ahahahhaha
Tahun lepas kerana tiket yang mahal Ell xdpt hadiri upacara pengembumian datuk pun

Berbaju batik warna merah 
Time kahwin Aunty Shirley,adik bongsu Mamy
Datuk Ell masih sihat, ntah kenapa ttba meninggal,mungkin sudah ajalnya. Tapi Ell masih rasa bahawa dia masih hidup sentiasa kerana mendiang bekerja di oversea and akan balik bila kami cucunya balik bercuti untuk bersama2 cucunya. Namun sekarang dia telah pergi buat selamanya,  Perbezaan agama tidak memisahkan kami sekeluarga, Mendiang selalu memberikan nasihat pedas untuk saya dan kakak kerana kami dua merupakan cucu tertua dalam keluarga. Antara nasihatnya,
"be a good girl " "dont play play " " study smart" . Namun nasihatnya penuh dengan kasih sayang. Sekarang Ell rasa menyesal kerana dulu time dia selalu chat Ell di fb Ell akan offline setelah reply 2 3 mecejnya kerana time tu masih di matrik n di matrik Ell sangat busy juga seperti sekarang. Malahan keluarga Ell pun kadang2 Ell xlayan , n akan reply mereka 2 3 minggu kemudian setelah kerja Ell siap. Begitu juga dengan mendiang datuk, kalau call ja Ell akan cakap or layan, paling lama pun 5 min kerana sangatlah busy. Nampak sangat Ell lebih pentingkan kerja dari keluarga. Hurmmm.. Dijadikan pengajaran mengabaikan family, sekarang Ell lebih kerap menghubungi keluarga berbanding dulu. Sehari sebelum mendiang datuk meninggal, mendiang ada mesej Ell, tapi Ell time tu masih busy and tidak reply pun mcj dia, keesokkan hari,lpas kuliah Ell mendapat tahu dia meninggal. Mulanya ingat Mamy main2,sebab datuk masih sihat n xpernah ada tanda2 sakit pun. Mau balik pada malam tu juga tapi xdpt kerana harga flight yang mahal, time tu masih under PT lagipun baru je lepas bayar yuran. Tiket penerbangan pula ulang alik hampir mencecah Rm1000, jd bapa buat keputusan supaya xyah balik, bukan kerana xmampu tp kerana walaupun balik keesokan harinya, xsempat juga tengok mukanya. hurmmm.. jadi balik saja krismas haritu, Ell dan kakak terus menziarahi kuburnya di Sarikei, Tanah Perkuburan Islam. Selama ini, kalau malam Krismas, kita orang akan gi bilik dia dulu bru lepas tu bertandang ke rumah saudara2 lain. Semua yang berlaku ada hikmahnya,jd serahkan kepada Tuhan saja semuanya.  Moral of the stories, hargailah keluarga kalian selama mereka masih ada di dunia ini. Sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian xberguna
Kenangan Gawai 2014


Never thought it will be the last time celebrate Gawai with him



older pic of us together
2008

No comments:

Post a Comment